Jan 14, 2026 - FASSelangor FC akan menerima kunjungan Negeri Sembilan FC di stadium MBPJ, Kelana Jaya bagi perlawanan ke-16 saingan Liga Super 2025/26 pada 9 malam ini.
Skuad Gergasi Merah buat masa ini menghuni kedudukan keempat Liga Super 2025/26 selepas mengumpul 28 mata daripada 14 perlawanan, hasil daripada sembilan kemenangan, satu seri dan empat kekalahan, selain menjaringkan 32 gol.
Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, mahu para pemain berusaha keras bagi dapatkan kemenangan untuk penyokong Gergasi Merah.
“Negeri Sembilan FC merupakan sebuah pasukan yang berani, kuat, tangkas, serta tidak takut untuk menyerang. Jadi, kita mahu mengawal permainan dengan baik dan berikan 100 peratus untuk para penyokong dan jika kita dapat melakukannya, keputusan akan menyusul. Saya yakin dengan para pemain dan mahu mereka fokus sehingga tamat perlawanan,” jelas beliau.
Beliau juga menyeru para penyokong untuk sama-sama berada di stadium bagi perlawanan pertamanya di laman Gergasi Merah, “Saya teruja untuk bermain di laman sendiri. Walaupun mungkin tidak penuh, saya mahu para penyokong untuk beli tiket dan datang menyokong pasukan. Setiap perlawanan di laman sendiri perlu terasa seperti satu festival, dengan kehadiran penuh para penyokong. Kita berkerja bersama-sama, menang bersama dan bergembira bersama. Pasukan akan berusaha keras untuk mendapatkan kemenangan dengan sokongan padu penyokong di stadium.”
Selangor FC menyeru para penyokong untuk sama-sama merealisasikan harapan Kim Pan-gon dengan kehadiran penuh anda, penyokong Gergasi Merah! Dapatkan tiket anda sekarang di sini. Jumpa ada di Stadium MBPJ!
Demi Kebanggaan!